Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Thursday, September 16, 2010

Minuman Herba Teh Karas

Keunikan 69 – Kenali Minuman Herba Berkhasiat Teh Karas
Ladang Karas
Sebut sahaja karas tentu umum mengaitkannya dengan gaharu yang digunakan dalam menghasilkan minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.
Gaharu
Namun penulis bukan ingin menceritakan tentang gaharu atau wangi-wangian tetapi sejenis minuman berkhasiat untuk kesihatan yang dihasilkan daripada pokok karas.
Teh Karas
Teh karas
Minuman yang penulis maksudkan adalah Teh Karas sejenis minuman herba yang telah dihasilkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu setelah menjalankan penyelidikan dan kajian ke atas daun pokok karas. 
Bahan Mentah Utama
Minuman kesihatan yang berasaskan herba ini menggunakan kombinasi tiga jenis bahan utama iaitu daun Karas(Aquilaria malaccensis), Teja Sarsi(Cinnamomun porrectum) dan Tebu Gajah(Albizzia myriophylla). Kombinasi terbaik ini telah menghasilkan minuman herba yang dikenali sebagai Teh Karas.
Kombinasi Terbaik
Penulis telah mencuba minuman ini ketika mengunjungi Gerai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di Pameran Mini Maha 2010 pada bulan Ogos baru-baru ini. Oleh kerana tertarik dengan produk ini, penulis telah membelinya dan kini penulis ingin berkongsi maklumat yang diperolehi dengan pengunjung blog ini. 
Teh (gambar blur sikit...he he!)
Pada kebiasaannya apabila kita meminum produk kesihatan yang berasaskan herba, ia akan dikaitkan dengan rasa yang kurang enak dan kanak-kanak atau golongan muda pasti tidak akan menggemarinya.
Info Penting
Di antara khasiat
Akhirnya produk herba akan hanya menjadi pilihan golongan tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang memang terpaksa mengambilnya untuk tujuan rawatan.
Secawan Teh dan Khasiatnya
 Berlainan dengan teh karas ini kerana rasa teh yang asli, enak dan yang pastinya berkhasiat. Tepat sekali dengan ungkapan pada kotak teh promosi ‘teh karas menawarkan perasaan yang menyegarkan dan menyenangkan untuk diminum’ dan ‘nikmatilah kesegaran dedaun dari alam semulajadi’. Setelah mencubanya barulah kita faham sebenarnya ungkapan ini memanglah benar dan tepat sekali.



Khasiat Teh
Penulis ingin menambah satu ungkapan lagi 
‘Nikmatilah Rasa Yang Asli Warisan Alam, Teh Karas Pilihan Mereka Yang Bijak’.
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
Sumber Rujukan : Klik Jabatan Perhutanan Terengganu
Sekiranya berminat dengan Teh Karas ini bolehlah menghubungi:
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
Tingkat 8, Wisma Negeri
20200 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia
Tel : 609-627 4122 / 627 4155 / 627 4156
Fax : 609 623 6552

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP