Keunikan 63 – Bulatan Batu Bersurat dan Ketupat Raya
Bulatan Batu Bersurat Dihiasi Ketupat Raya |
Syawal hampir tiba sementara Ramadan pula semakin meninggalkan kita. Sebulan berlalu begitu cepat, terasa bagaikan baru semalam kita menyambut ketibaannya.
Setiap tahun menjelangnya 1 syawal, Bandaraya Kuala Terengganu akan dihiasi dengan lampu berwarna warni serta ketupat besar yang digantung di persimpangan lampu isyarat dan beberapa tempat strategik yang lain seperti di Bulatan Batu Bersurat di Ladang Kuala Terengganu.
Replika Batu Bersurat dan Ketupat |
Bulatan Batu Bersurat tampak indah dengan ketupat yang bergantungan disekelilingnya. Penulis pasti, sesiapa sahaja yang melalui bulatan tersebut akan tersentuh untuk melihat ketupat yang berayun sambil mengelilingi bulatan tersebut.
Ketupat Bergantungan Mengelilingi Batu Bersurat |
Hari ini, Ahad 5 September, penulis mengelilingi bulatan tersebut dua kali untuk mengambil gambar ketupat kerana hujan renyai-renyai.
Ketupat dan bunga..indah! |
Gambar hanya diambil dari dalam kereta dan hasilnya kurang memuaskan, namun penulis ingin sekali berkongsi dengan tetamu yang mengunjungi blog ini agar sama-sama dapat merasai dan menikmati semangat hari raya yang bakal tiba. Gambar-gambar ini telah diedit supaya lebih jelas.
Persimpangan Lampu Isyarat Dihiasi Ketupat |
Pentas Budaya Pantai Batu Burok Dihiasi Ketupat |
RAMADAN SEMAKIN PERGI
SYAWAL SEMAKIN HAMPIRI
PERJALANAN HIDUP YANG SILIH BERGANTI
IBARAT SIANG BERGANTI MALAM
SALAM RAMADAN DAN SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL
0 comments:
Post a Comment