Keunikan 61 – Kenali Keindahan Loghat Terengganu
Siri (1) loghat atau dialek Terengganu memperlihatkan kepentingan sebutan atau intonasi suara.
Dalam siri (2) ini penulis akan menyentuh tentang penggunaan suku kata awal dan suku kata akhir di dalam sesuatu perkataan.
Sebagai permulaan, penulis akan cuba menjelaskan bunyi ‘ng’ pada sukukata di awal perkataan. Bunyi 'ng' akan hilang atau tepatnya dalam bahasa Terengganu sesuatu perkataan yang mengandungi bunyi 'ng' di pangkal atau di awal perkataan, apabila disebut bunyi tersebut akan hilang atau tidak disebuttkan. Contohnya:
angkut jadi akut di mana bunyi ‘ng’ di awal perkataan hilang sementara huruf atau huruf-huruf sebelumnya dan selepasnya kekal.
Lihatlah contoh-contoh di bawah yang penulis tulis berdasarkan pengalaman sebagai penutur loghat Terengganu.
Bangkang jadi bakang
Bangkit jadi bakit
Bangku jadi baku
Bangsa jadi basa
Bengkeng jadi bekeng
Bengkok jadi bekok
Bengkung jadi bekung
Bongkok jadi bokok
Bongsu jadi busu
Bengkeng jadi bekeng
Bengkak jadi bekok
Bengkang jadi bekang
Bingkas jadi bikah
Bingkai jadi bika
Cangkung jadi cakung
Cengkih jadi cekih
Dengking jadi deking
Dengkur jadi dekur
Jangka jadi jaka
Jongkong jadi jokong
Kangkang jadi kakang
Kangkung jadi kakung
Langkah jadi lakoh
Langsat jadi lasat
Langsing jadi lasing
Lingkup jadi likup
Longkang jadi lokang
Takak ikang paka pukak
Kalu diguna secara kerak
Bahasa ganu dok jadi berak
...akan bersambung!
0 comments:
Post a Comment