Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Wednesday, September 8, 2010

Negeriku Yang Cantik (Siri 7) - Asal Nama Besut

Keunikan 64 – Kenali Daerah Besut 

Siri sebelum ini, penulis telah mengisahkan serba ringkas mengenai daerah Kuala Terengganu yang menjadi ibu negeri bagi negeri Terengganu.  Kali ini penulis ingin menceritakan serba sedikit mengenai daerah Besut pula.

Besut merupakan daerah yang paling utara di dalam negeri Terengganu dan bersempadanan dengan negeri Kelantan.  Pada bahagian sebelah timur daerah ini terbentang luas Laut China Selatan sementara di sebelah barat pula berdiri teguh Banjaran Titiwangsa.  Bahagian selatan daerah Besut ini adalah daerah Setiu dan Hulu Terengganu.

Sebahagian daripada daerah ini terdiri daripada jaluran pantai yang bertanah beris yang juga merupakan salah satu daripada keunikan negeri Terengganu.  

 Pulau Perhentian yang menjadi destinasi pelancongan utama Terengganu adalah terletak dalam daerah ini.

Terdapat 15 mukim dalam pentadbiran Besut iaitu Keluang, Kuala Besut, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk Kawah, Pasir Akar, Tembila, Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban dan Bukit Kenak.

Jumlah penduduk Besut ialah seramai 118,058 (bancian 1991) yang terdiri daripada berbagai bangsa dengan majoritinya bangsa Melayu, diikuti bangsa Cina dan lain-lain bangsa. Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan nelayan.
Pengangkutan utama yang digunakan di daerah ini adalah pengangkutan laut dan darat.  Bot merupakan nadi utama bagi pengangkutan laut sementara pengangkutan darat seperti teksi, bas dan kereta pula untuk ke lokasi-lokasi lain.  Kuala Besut merupakan jeti pelancongan utama yang terdapat di dalam daerah ini.  Terminal yang beroperasi pada awal tahun 1998 ini memberi kemudahan kepada pelancong untuk berlepas ke destinasi mereka.
Di antara tempat-tempat menarik yang terdapat di daerah Besut ini adalah seperti Bukit Keluang, Gunung Tebu, Kolam Air Panas La, Lata Belatan, Lata Tembakah, Pantai Air Tawar, Pantai Dendong, Pulau Perhentian dan Desa Ukiran Kayu.
Desa Ukiran Kayu
Sejarah Daerah Besut agak kabur dan tidak terdapat bukti-bukti bertulis awal yang menyentuh tentang daerah ini kecuali sedikit info daripada catatan Munsyi Abdullah dalam 'Pelayaran Abdullah ke Kelantan' dan dari buku karangan Raja Ali Haji iaitu 'Tuffatul Nafis'.
Terdapat pelbagai cerita dan kisah mengenai asal usul Besut.  Di antaranya mengaitkan asal nama Besut yang kononnya timbul dari perkataan Be dalam bahasa Siam bermakna daerah manakala Sut mengaitkan makna satu tempat atau kawasan yang jauh atau penghujung.

Cerita yang lain pula mengaitkan asal usul nama Besut dengan kisah seorang raja bernama Raja Sang Nyanya.  Raja ini sangat zalim (ketua lanun) menyebabkan tiada orang yang sanggup tinggal di kawasan ini sehinggalah kematian raja ini, mulalah kawasan ini didiami orang.  Salah satu kumpulan orang yang mendiami daerah ini diketuai oleh seorang yang bernama Besut.  Dari situlah muncul dan bermulanya nama Besut ini.
Kesemua cerita dan kisah ini tidak dapat dibuktikan kerana tiada bukti bertulis.

Catatan Abdullah Munsyi dan Raja Ali Haji pula amat sedikit dan tidak menyentuh secara jelas mengenai asal usul Besut.  Mengikut catatan ini, dikatakan terdapat sekumpulan pedagang dari Pattani (Selatan Siam) telah datang ke Besut dengan diketuai oleh orang yang bernama Cik Latif.  Cik Latif ini dipercayai berasal dari Sumatera .  Beliau telah biasa berdagang di Pattani.Cik Latif dikatakan telah berjaya memujuk orang-orang Pangan yang mendiami daerah ini keluar dan berpindah ke Hulu Besut.  Cik Latif dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampungan di tebing Sungai Besut yang dinamakan Palembang.  Nama Palembang ini mungkin diambil sempena nama tempat asal beliau iaitu Sumatera.  Perkampungan Palembang ini menjadi pusat pentadbiran pertama bagi Besut sebelum Kampung Raja


Credit : Laman Web Utama Majlis Daerah Besut  dan juga Laman Web Utama Pejabat Tanah Besut kerana kebanyakan maklumat penulis memperolehnya daripada sumber ini.

1 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kerana bagi info tentang Besut. Teruskan usaha yang baik ini.

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP