Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Saturday, October 2, 2010

Ceri Terengganu - Buah Nadir 1

Keunikan 80 – Kenali Ceri Terengganu
Buah Ceri Terengganu yang hampir ranum sepenuhnya
Buah-buahan nadir hari ini semakin pupus sekiranya langkah-langkah memperkenalkannya tidak dijalankan.  Buah ceri Terengganu misalnya walaupun masih boleh ditemui di beberapa buah kampung di Terengganu, namun di sesetengah  tempat yang dulunya ada telahpun tidak kelihatan lagi. 
Sewaktu zaman kanak-kanak penulis biasa memakan buah ceri ini.  Ia ditanam di halaman rumah di kampung penulis, namun kini sudah tiada lagi.  Foto yang penulis rakamkan ini diambil di kampung lain.  Pokok ini memang cantik sekiranya dijadikan pokok teduhan di halaman rumah.
Pokoknya boleh dikatakan renek dan rendang sesuai untuk pokok teduhan. Daunnya berbentuk panjang tirus di hujung dan berwarna ungu muda ketika pucuk.  

Buahnya bergugus seperti buah anggur dan warnanya hijau ketika muda (ketika foto diambil, buah telah hampir masak semuanya, jadi tiada yang berwarna hijau).  Apabila dibiarkan betul-betul matang warnanya bertukar menjadi merah tua. 
Perbandingan ceri Terengganu dengan ceri luar negara
Perbandingan daun ceri Terengganu dengan luar negara
Buah ceri Terengganu ini rasanya manis dan enak tetapi isinya agak nipis dan berbiji.  Kita mesti makan yang betul-betul masak kerana rasanya kelat jika kurang masak.  Sewaktu kanak-kanak dahulu, sekiranya ingin memakan buah ini, ada cara tertentu.
Caranya ialah apabila buah yang betul-betul masak sudah dipetik, buah itu hendaklah digelek sebiji-sebiji menggunakan kedua-dua belah telapak tangan.  Buah ini hendaklah digelek sehingga bahagian kulitnya menjadi  lembut dan semakin berkilat.  Kemudian bolehlah dimakan begitu sahaja .  Rasanya lebih enak!!!
Buah Ceri Terengganu yang bergugus-gugus seperti anggur
Mengikut kajian buah ceri Terengganu ini mempunyai khasiat tertentu kerana mengandungi ejen antioksidan.    Orang-orang tua dahulu merebus  akarnya untuk diminum kerana dipercayai boleh merendahkan suhu badan ketika demam. 
KLIK untuk mendapatkan info mengenai buah ceri Terengganu.

3 comments:

Anonymous said...

cara apa pokok ni membiak?

syais said...

Boleh dibiakkan daripada biji benih, mungkin ada cara lain, cuba tanya MARDI sebab ada kajian yang dibuat mengenai pokok ceri Terengganu ini, harap maklum.

Anonymous said...

Pokok ini masih boleh di dapati di Tanah Merah ,Kelantan. Minggu lepas saya ada petik untuk merasanya. Eloklah di bibiakkan untuk generasi akan datang. Pengusaha2 horticulture harus biak dan menjualnya.

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP