TERENGGANU YANG KUKENALI adalah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Negeri yang terletak di garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 mempunyai keluasan 12.955 km. persegi. Sempadan bahagian utara dan barat lautnya adalah negeri Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya adalah negeri Pahang. Sila klik untuk melihat peta kedudukan negeri Terengganu.
Ibu negeri dan Pusat pentadbiran terletak di bandar Kuala Terengganu yang kini telah dinaik taraf ke se buah bandaraya.
Terdapat 7 daerah di Terengganu iaitu bandar di-Raja Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Setiu. Sesuai dengan jolokan namanya Terengganu Darul Iman, negeri ini masih utuh mengekalkan adat budaya Melayu yang selaras dengan perkembangan Islam. Inilah satu-satunya negeri di Malaysia (pendapat penulis) di mana kita boleh melihat budaya tradisional dalam banyak aspek baik dari segi pakaian, makanan, permainan, pertukangan, senibina bangunan, muzik dan macam-macam lagi.
Negeri yang mempunyai keindahan pantai semulajadi sepanjang 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ) ini mengadap Laut China Selatan di sebelah timur.
Terkenal dengan ungkapan’penyu menangis di Rantau Abang’ dan mempunyai lanskap semulajadi yang belum terusik menjadikan Terengganu sebuah destinasi yang sangat menarik untuk bercuti dan bersantai samada berseorangan atau dengan keluarga. Selain memiliki jaluran pantai yang memutih , taman laut dan pulau-pulau yang menawan hati serta kampung nelayan yang unik dan asli, Terengganu juga unggul dalam industri batik tradisional, kraftangan, permainan tradisional dan pelbagai keajaiban permata Laut China Selatan. Apa lagi!...jadi-jadilah dok tengok gambar tu..…mari sining kelih hok ‘original’ pulok!!
0 comments:
Post a Comment