Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Sunday, September 5, 2010

Ketupat dan Bulatan Batu Bersurat

Keunikan 63 – Bulatan Batu Bersurat dan Ketupat Raya
Bulatan Batu Bersurat Dihiasi Ketupat Raya
Syawal hampir tiba sementara Ramadan pula semakin meninggalkan kita.  Sebulan berlalu begitu cepat, terasa bagaikan baru semalam kita menyambut ketibaannya.
 Setiap tahun menjelangnya 1 syawal, Bandaraya Kuala Terengganu akan dihiasi dengan lampu berwarna warni serta ketupat besar yang digantung di persimpangan lampu isyarat dan beberapa tempat strategik yang lain seperti di Bulatan Batu Bersurat di Ladang Kuala Terengganu. 
Replika Batu Bersurat dan Ketupat
 Bulatan Batu Bersurat tampak indah dengan ketupat yang bergantungan disekelilingnya.  Penulis pasti, sesiapa sahaja yang melalui bulatan tersebut akan tersentuh untuk melihat ketupat yang berayun sambil mengelilingi bulatan tersebut.
Ketupat Bergantungan Mengelilingi Batu Bersurat
Hari ini, Ahad 5 September, penulis mengelilingi bulatan tersebut dua kali untuk mengambil gambar ketupat kerana hujan renyai-renyai.
Ketupat dan bunga..indah!
Gambar hanya diambil dari dalam kereta dan hasilnya kurang memuaskan, namun penulis ingin sekali berkongsi dengan tetamu yang mengunjungi blog ini agar sama-sama dapat merasai dan menikmati semangat hari raya yang bakal tiba.  Gambar-gambar ini telah diedit supaya lebih jelas.
Persimpangan Lampu Isyarat Dihiasi Ketupat
Pentas Budaya Pantai Batu Burok Dihiasi Ketupat
RAMADAN SEMAKIN PERGI
SYAWAL SEMAKIN HAMPIRI
PERJALANAN HIDUP YANG SILIH BERGANTI
IBARAT SIANG BERGANTI MALAM
SALAM RAMADAN DAN SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL
Read More

Usahawan Wanita Yang gigih

Keunikan 62 – Kenali Usahawan Wanita Terengganu

Pada kali ini penulis ingin berkongsi cerita mengenai seorang usahawan wanita di Kuala Terengganu yang gigih berusaha tanpa mengenal penat dan putus asa.

Penulis sempat mengenali beliau ketika berkunjung ke bazar membeli belah Hari Raya di Pusat Dagangan Terengganu semalam.  Beliau yang dikenali dengan panggilan Puan Noor memilih pokok kristal dan pakaian wanita sebagai barangan utama perniagaan.  Di samping itu beliau juga menawarkan produk yang berasaskan Batu Hematite.

 Bermula tujuh tahun yang lepas secara kecil-kecilan menjual barangan secara tempahan,  kini beliau berhasrat untuk membuka dan memiliki sebuah kedai.

Menurut beliau, buat masa sekarang ini perniagaan dijalankan dengan cara pelanggan menelefon untuk  menempah produk yang berkaitan kerana beliau masih belum berhasil mencari kedai yang sesuai dengan produknya. 

 Walaupun begitu, ia  tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk berusaha lebih gigih. 
 Usahawan yang berpegang kepada prinsip ‘berniaga secara jujur dan jangan sekali-kali menipu pelanggan’ ini, percaya bahawa kejujuran penting dalam perniagaan dan merupakan asas untuk berjaya.

Berbekalkan prinsip tersebut, beliau telah berjaya memperluaskan pasaran barangannya.  Menurut beliau, kepercayaan pelanggan terhadap produk jualan amat penting.

Sekarang, mari kita lihat produk jualan pula.  Penulis tertarik dengan pokok Kristal yang dipamerkan di gerai jualannya.

Menurut Puan Noor, batu-batu yang digunakan untuk pokok kristal di kedainya adalah asli.  Ia terdiri daripada batu jade, akik, amethyst, kristal, rose quartz dan citrine. 

Produk batu hematite pula terdiri daripada gelang tangan, gelang kaki dan rantai leher.  Batu hematite ini diikat bersama dengan batu-batu asli mengikut pilihan pelanggan.

Mengikut kajian, dipercayai batu hematite ini boleh memperbaiki saraf dan melancarkan perjalanan darah seseorang pemakainya. 
Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan produk ini bolehlah menghubungi Puan Noor di nombor telefon berikut
019 9848598
Read More

Thursday, September 2, 2010

Sape Nok Belajo Cakap Teganu?(Siri 2)

Keunikan  61 – Kenali Keindahan Loghat Terengganu 
 
Siri (1) loghat atau dialek Terengganu memperlihatkan kepentingan sebutan atau intonasi suara.

Dalam siri (2) ini penulis akan menyentuh tentang penggunaan suku kata awal dan suku kata akhir di dalam sesuatu perkataan.
 
Sebagai permulaan, penulis akan cuba menjelaskan bunyi ‘ng’ pada sukukata di awal perkataan.  Bunyi 'ng' akan hilang atau tepatnya dalam bahasa Terengganu sesuatu perkataan yang mengandungi bunyi 'ng' di pangkal atau di awal perkataan, apabila disebut bunyi tersebut akan hilang atau tidak disebuttkan. Contohnya:
angkut jadi akut di mana bunyi ‘ng’ di awal perkataan hilang sementara huruf atau huruf-huruf sebelumnya dan selepasnya kekal. 

Lihatlah contoh-contoh di bawah yang penulis tulis berdasarkan pengalaman sebagai penutur loghat Terengganu.   

Bangkang jadi bakang
Bangkit jadi bakit
Bangku jadi baku
Bangsa jadi basa
Bengkeng jadi bekeng
Bengkok jadi bekok
Bengkung jadi bekung
Bongkok jadi bokok
Bongsu jadi busu
Bengkeng jadi bekeng
Bengkak jadi bekok
Bengkang jadi bekang
Bingkas jadi bikah
Bingkai jadi bika
Bintang jadi bitang
Cangkuk jadi cakuk
Cangkung jadi cakung
Cengkih jadi cekih
 Dengki jadi deki
Dengking jadi deking
Dengkur jadi dekur
Jangka jadi jaka
Jongkong jadi jokong
Kangkang jadi kakang
Kangkung jadi kakung
Langkah jadi lakoh
Langsat jadi lasat
Langsing jadi lasing
Lingkup jadi likup
Longkang jadi lokang


Gi ke hulu senyak-senyak
Takak ikang paka pukak
Kalu diguna secara kerak
Bahasa ganu dok jadi berak
...akan bersambung!
Read More
TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP