Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Saturday, October 30, 2010

PenDrive dari MB

Keunikan 96 – PenDrive dari MB untuk guru
Hari ini Sabtu 30 Oktober, satu Majlis Perjumpaan YAB Menteri Besar Terengganu bersama Guru-guru Kuala Terengganu Selatan telah diadakan.
Dewan Konvensyen
Majlis ini berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.
Guru-guru di bahagian belakang sedang melihat skrin
Sebahagian yang hadir
Upacara pembahagian cenderahati 'PenDrive'
Sebagai tanda terima kasih semua guru yang hadir telah dihadiahkan FASN Artistic U-disk (PenDrive 8GB).
PenDrive sebagai tanda terima kasih
Ada berbagai bentuk, ini yang penulis dapat
Terpampang jenama FASN
Boleh digunakan sebagai rantai kunci
Pemandangan pada petang itu redup
Read More

Wednesday, October 27, 2010

Hitam Putih Bendera Negeriku

Keunikan 95 – Pelbagai Bentuk Bendera Negeriku
Negeriku Negeri Terengganu.  Bendera Negeriku Bendera Terengganu.  Hitam putih warnanya. 
Kali ini penulis ingin memaparkan pelbagai bentuk Bendera Negeri Terengganu.  Ini tanda kecintaan penulis kepada negeri ini.
Info tentang Bendera Terengganu boleh didapati di dalam blog ini juga.   Sila KLIK
Mari kita lihat Bendera Terengganu Darul Iman…..
Add caption
Bendera Terengganu diletakkan juga  di setiap 7 bendera daerah.
Daerah Kuala Terengganu
Daerah Marang
Daerah Dungun
Daerah Kemaman
Daerah Hulu Terengganu
Daerah Besut
Daerah Setiu
Dikibarkan di dalam upacara rasmi dan juga di sekolah-sekolah.

KIBARKAN....KIBARKAN.......HITAM PUTIH BENDERA NEGERIKU!
Read More

Saturday, October 23, 2010

Bajet 2011-Guane Gamok Orang Teganu?

Keunikan 94 – Bajet 2011
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia
YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Artikel kali ini berkisar tentang Bajet 2011 yang dibentangkan oleh PM kita baru-baru ini.  Kepada orang-orang Terengganu jangan pula ketinggalan untuk menghayati dan memahaminya.
  
INFO RINGKAS BAJET 2011

Bajet 2011 telah dibentangkan pada hari Jumaat 15 Oktober lepas oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.  Pembentangan ini merupakan kali kedua buat PM dan dibentangkan kira-kira jam 4 petang hingga 5.30 petang. 
Bajet ke-53 pasca merdeka ini membawa tema “TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI”  yang berbeza dengan tema tahun lepas iaitu “1MALAYSIA KEMAKMURAN BERSAMA”. 

4 strategi utama yang terkandung di dalam perenggan ke-16 teks ucapan Bajet 2011 ialah:-
Pertama       :         Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;
Kedua          :         Membangunkan Modal Insan;
Ketiga          :         Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan
Keempat      :         Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam


Di antara ikhtisar penting Bajet 2011yang perlu difahami adalah:-

STRATEGI PERTAMA
Pembangunan Strategik Berimpak Tinggi
Mencergaskan Pasaran Modal
Pasaran Modal Islam
Mempergiatkan Industri Modal Teroka
Skim Amanah Hartanah Bumiputera
Dana Pencen Swasta
Meningkatkan Kegiatan Industri Elektrik dan  Elektronik
Mencergaskan Industri Minyak, Gas dan Tenaga
Memajukan Teknologi Hijau
Menyuburkan Sektor Pertanian
Merancakkan Industri Pelancongan
Memangkin Industri Minyak Sawit dan Produk berkaitan
Meningkatkan Potensi Industri Teknologi Maklumat dan ICT
Menggalakkan Sektor Perkhidmatan Perniagaan
Pembangunan Koridor dan Wilayah
Menggalakkan Aktiviti R&D&C
Menambah baik Perundangan Insolvensi
Memajukan lagi Industri Kreatif
Memperkukuh Kedudukan Kewangan Negara

STRATEGI KEDUA
Mempergiat Usaha Menarik Bakat
Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti
Memperkasa Pendidikan Awal
Memantap Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
Memperkasa Pengajian Tinggi
Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran
Program Latihan 1Malaysia
Meningkatkan Produktiviti Pekerja
Memperluas Penglibatan Wanita dalam Ekonomi
Pembangunan Sukan Negara

STRATEGI KETIGA
Membantu Golongan Kurang Benasib Baik
Meningkatkan Pemilikan Rumah
Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar
Meringankan Beban Hidup Rakyat
Menghargai Sumbangan Pemimpin Masyarakat
Pembangunan Orang Asli dan Pribumi
Mengurangkan Kos Pengangkutan
Memperluas Perkhidmatan Kesihatan Awam
Membanteras Jenayah, Menjamin Kesejahteraan
Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan
Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Sosial Korporat

STRATEGI KEEMPAT
Mempermudah Berurusan Dengan Agensi Kerajaan
Memperkemas Sistem Penilaian Prestasi
Menghargai Sumbangan Penjawat Awam

PERUNTUKAN BAJET 2011 ADALAH SEBANYAK RM212 BILION
(2.8% lebih tinggi daripada peruntukan 2010)

Di antara kata-kata indah yang diucapkan oleh PM ialah
..…sebagai helaian-helaian pembuka tirai….
..…meletakkan bata-bata pengmuktamad….
..…memahat paku-paku pelengkap…..
..…menaikkan layar Bahtera Malaysia…..
…menuju ufuk negara maju…..
..…mempersiapsiagakan ceracak-ceracak yang kukuh…..
hebatnya kata-kata ini!!!!!syabas PM 

Sumber : Teks ucapan Bajet 2011, Kementerian Kewangan Malaysia
Untuk ‘mendownload’ teks ucapan Bajet 2011 sila KLIK
Untuk ‘mendownload’ video Bajet 2011 sila KLIK
Untuk membaca teks sila 'download' Adobe Reader KLIK
Read More

Wednesday, October 20, 2010

Merealisasikan Hasrat 20 10 5 2

Keunikan 93 – Memantapkan P & P Guru Menjelang STPM 2010
Selepas UPSR dan PMR, kini peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sedang berjalan.  Selepas ini demam peperiksaan semakin hangat dengan SPM dan STPM pula.  Guru-guru bertungkus-lumus dengan pelbagai program seperti kem mata pelajaran, latih tubi dan sebagainya demi memastikan anak didik mereka dapat menjawab sebaik yang mungkin di dalam peperiksaan.
Fasilitator sedang memberikan ceramah
 JPNT juga tidak ketinggalan dalam memastikan kejayaan anak-anak pelajar di Terengganu.  Hari ini, satu program berkaitan dengan mata pelajaran Pengajian Am dan Bahasa Melayu telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu(BTPNT)
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
Program ini bertajuk ‘Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan Pengajian Am STPM 2010’.
JPNT
Ceramah sedang disampaikan
Sebahagian bahan yang disampaikan semasa perbengkelan
Guru-guru sedang mengikuti ceramah yang disampaikan
Bengkel yang dianjurkan oleh JPN Terengganu ini telah dihadiri oleh guru-guru mata pelajaran Pengajian Am dan Bahasa Melayu STPM negeri Terengganu.  Program ini adalah salah satu daripada usaha kearah merealisasikan 20 10 5 2 sebagai tagline gerakan Pecutan Standard Tinggi (PESAT) bagi menjulang gagasan TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU. 
SEMOGA SASARAN TERENGGANU SEMUA ‘A ‘
20 10 5 2
20 PERATUS UPSR
10 PERATUS PMR
5 PERATUS SPM
2 PERATUS STPM
AKAN TERCAPAI
INSYAALLAH!
Read More

Monday, October 18, 2010

Taman Eko Burung Walit


Taman-Eko Burung Walit di Jerangau


Sebuah syarikat Bumiputera akan membangunkan kawasan di Cermin Kiri, Jerangau, Dungun sebagai Taman-Eco Burung Walit.

Industri burung walit yang semakin popular di seluruh dunia mendorong sebuah syarikat Bumiputera merancang membangunkan kawasan Cermin Kiri, di Jerangau, Dungun sebagai Taman-Eko Burung Walit.

Syarikat itu berhasrat membina antara 20 dan 25 unit rumah burung walit serta kilang dalam taman- eko itu nanti.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Azizol Mohd Sharom, berkata jabatannya menerima pelbagai permohonan daripada pihak swasta untuk melabur dalam industri burung walit di Terengganu.

Dianggarkan kira-kira 800 pengusaha burung walit di Terengganu sehingga hari ini, tetapi separuh daripada mereka dikatakan tidak aktif.

Mengenai makmal itu, Dr Azizol berkata ia dibina untuk menjadi contoh kepada mereka yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, JPV bakal memperkenalkan model rumah burung walit yang lebih kecil dan lebih murah berbanding rumah burung yang biasa dibina di sini.

Rumah contoh itu dibina di Pusat Veterinar Jerangau, Dungun dengan kos kira-kira RM28,000 seunit.
Dr Azizol menyasarkan industri sarang burung walit di kalangan Bumiputera di Terengganu akan meningkat kepada 10 peratus menjelang 2015 berbanding lebih 4 peratus sekarang.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti beberapa daerah di Terengganu berpotensi untuk mengusahakan ternakan itu termasuk di Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Daripada kajian yang dijalankan, katanya kebanyakan burung walit dari Indonesia berhijrah ke Terengganu setelah berlaku kebakaran hutan di negara berkenaan.

Dr Azizol berkata nilai industri burung walit di dunia sekarang mencecah RM60 bilion dan Malaysia menduduki tempat ketiga dalam industri itu selepas Indonesia dan Thailand.

Oleh : AIDA ABD RAHMAN
DIPETIK(SUMBER RUJUKAN) : TEGANU KITE



Read More
TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP