Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Monday, December 12, 2011

Welcome Home Tuanku Mizan

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebelum berlepas ke Kuala Terengganu. Gambar Bernama
Tuanku Mizan Zainal Abidin and Tuanku Nur Zahirah returned to Terengganu at the end of His Majesty's reign as the 13th Yang di-Pertuan Agong in full royal tradition.
Tugas baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong berakhir pada hari ini 12 Disember dengan penuh istiadat diraja.
Ketibaan baginda berdua disambut dengan meriah di Kuala Terengganu.  Penulis bercadang untuk merakamkan detik gemilang tersebut, tetapi sayangnya......dalam leka menunggu di persimpangan lampu isyarat berhampiran Perpustakaan Awam Negeri, penulis tidak sempat merakamkan foto-fotonya...aduh!
Apa yang sempat dirakamkan adalah kenderaan polis di belakang....kecewanya...lagipun lajunya kereta......Apa-apapun inilah foto yang sempat dirakamkan...eksklusif nih!!!?
Dirakamkan lebih kurang jam 2.53 petang beberapa saat je terlepas, kereta warna hitam di depan tu!!
Foto ni diambil jam 2.54 petang
Ini pun diambil jam 2.54pm juga selepas foto di atas...tinggal polis je...waduh...waduh..kecewanya!!
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun.  Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong termuda yang kedua selepas Sultan Perlis Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada tahun 1961 ketika berusia 41 tahun.
Selamat pulang Tuanku berdua!  Seluruh hamba rakyat menunggu kepulangan Tuanku.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP