Keunikan 94 – Bajet 2011
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak |
Artikel kali ini berkisar tentang Bajet 2011 yang dibentangkan oleh PM kita baru-baru ini. Kepada orang-orang Terengganu jangan pula ketinggalan untuk menghayati dan memahaminya.
INFO RINGKAS BAJET 2011
Bajet 2011 telah dibentangkan pada hari Jumaat 15 Oktober lepas oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia. Pembentangan ini merupakan kali kedua buat PM dan dibentangkan kira-kira jam 4 petang hingga 5.30 petang.
Bajet ke-53 pasca merdeka ini membawa tema “TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI” yang berbeza dengan tema tahun lepas iaitu “1MALAYSIA KEMAKMURAN BERSAMA”.
4 strategi utama yang terkandung di dalam perenggan ke-16 teks ucapan Bajet 2011 ialah:-
Pertama : Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;
Kedua : Membangunkan Modal Insan;
Ketiga : Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan
Keempat : Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam
Di antara ikhtisar penting Bajet 2011yang perlu difahami adalah:-
STRATEGI PERTAMA
Pembangunan Strategik Berimpak Tinggi
Mencergaskan Pasaran Modal
Pasaran Modal Islam
Mempergiatkan Industri Modal Teroka
Skim Amanah Hartanah Bumiputera
Dana Pencen Swasta
Meningkatkan Kegiatan Industri Elektrik dan Elektronik
Mencergaskan Industri Minyak, Gas dan Tenaga
Memajukan Teknologi Hijau
Menyuburkan Sektor Pertanian
Merancakkan Industri Pelancongan
Memangkin Industri Minyak Sawit dan Produk berkaitan
Meningkatkan Potensi Industri Teknologi Maklumat dan ICT
Menggalakkan Sektor Perkhidmatan Perniagaan
Pembangunan Koridor dan Wilayah
Menggalakkan Aktiviti R&D&C
Menambah baik Perundangan Insolvensi
Memajukan lagi Industri Kreatif
Memperkukuh Kedudukan Kewangan Negara
STRATEGI KEDUA
Mempergiat Usaha Menarik Bakat
Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti
Memperkasa Pendidikan Awal
Memantap Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
Memperkasa Pengajian Tinggi
Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran
Program Latihan 1Malaysia
Meningkatkan Produktiviti Pekerja
Memperluas Penglibatan Wanita dalam Ekonomi
Pembangunan Sukan Negara
STRATEGI KETIGA
Membantu Golongan Kurang Benasib Baik
Meningkatkan Pemilikan Rumah
Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar
Meringankan Beban Hidup Rakyat
Menghargai Sumbangan Pemimpin Masyarakat
Pembangunan Orang Asli dan Pribumi
Mengurangkan Kos Pengangkutan
Memperluas Perkhidmatan Kesihatan Awam
Membanteras Jenayah, Menjamin Kesejahteraan
Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan
Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Sosial Korporat
STRATEGI KEEMPAT
Mempermudah Berurusan Dengan Agensi Kerajaan
Memperkemas Sistem Penilaian Prestasi
Menghargai Sumbangan Penjawat Awam
PERUNTUKAN BAJET 2011 ADALAH SEBANYAK RM212 BILION
(2.8% lebih tinggi daripada peruntukan 2010)
Di antara kata-kata indah yang diucapkan oleh PM ialah
..…sebagai helaian-helaian pembuka tirai….
..…meletakkan bata-bata pengmuktamad….
..…memahat paku-paku pelengkap…..
..…menaikkan layar Bahtera Malaysia…..
…menuju ufuk negara maju…..
..…mempersiapsiagakan ceracak-ceracak yang kukuh…..
hebatnya kata-kata ini!!!!!syabas PM
hebatnya kata-kata ini!!!!!syabas PM
Sumber : Teks ucapan Bajet 2011, Kementerian Kewangan Malaysia
Untuk ‘mendownload’ teks ucapan Bajet 2011 sila KLIK
0 comments:
Post a Comment