Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2014 Events * Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu, 11-16 Mei* Kapas - Marang International Swimathon 19-20 April * Festival Kenyir 29 April-29 Mei * Redang-Perhentian Fiesta 30 Mei-22 Jun * Kenyir Bird & Nature Quest 20 - 21 Jun * Pertandingan Pelita Raya 21 Julai * Terengganu International Islamic Arts Festival 15-17 Sept * Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 27 Sept * Sultan Mizan Cup Oct *Karnival Pertandingan Memancing Antarabangsa GP Joran BH 10-11 Okt * Terengganu International Powerboat Championship 6-8 Nov * Boat On The Road Grand Slam Cartopper Challenge Tasik Kenyir 14-16 Nov * Festival Batik Songket & Kraf Terenganu 19-23 Nov * Terengganu International Rainforest Challenge 28 Nov-8 Dis * Monsoon Cup Terengganu Dis * http://tourism.terengganu.gov.my/

Tuesday, October 12, 2010

Keunikan 87 – Kenali Pantai Kelulut
Pantai yang cantik
Pantai Kelulut terletak di dalam daerah Marang, Terengganu.  Lokasi yang agak stategik iaitu dalam laluan Kuala Terengganu ke Rantau Abang.  Pantainya cantik dengan latar belakang panorama pulau peranginan terkenal iaitu Pulau Kapas.
Kelihatan Pulau Kapas
Pulau Kapas di tengah laut

Pulau kapas dari Pantai Kelulut nampak begitu dekat
Seperti pantai-pantai yang lain di Marang, pantai ini juga tidak sesuai untuk mandi kerana keadaan pantai yang agak curam.
Papan tanda warna merah itu adalah amaran menandakan tidak boleh mandi di kawasan pantai
Pokok-pokok yang terdapat di tepi pantai
Biarpun begitu pantai ini tetap popular kerana kecantikan semula jadinya selain menjadi tumpuan kaki pancing.  Pertandingan-pertandingan memancing sering diadakan seperti Pertandingan Memancing Sempena Kempen Mencegah Kebakaran pada bulan Julai lepas.  Jika anda peminat sotong terdapat acara mencandat sotong di antara bulan Mac hingga Julai setiap tahun. 

Panorama yang cantik
Air laut membiru dengan langit yang cerah
Bagi peminat foto, Pantai Kelulut merupakan suatu lokasi yang sesuai kerana terdapat banyak sudut-sudut yang menarik yang boleh dirakamkan.
Pohon-pohon nyior melambai-lambai
Kelihatan penanaman pohon rhu demgan tanda pancang kayu di tepi pantai dalam usaha memulihara pantai dari hakisan
Pohon kelapa banyak terdapat di kawasan Kelulut

Memukau pandangan
Pohon-pohon kelapa yang tinggi menyapu awan menambahkan nilai seni keindahan semula jadi di sini.  Jadi , jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pantai kelulut.
Langit membiru membayangi air laut memukau mata memandang
Panorama indah

Sudut yang cantik untuk foto
Usah khuatir tentang penginapan kerana terdapat banyak tempat menginap di sekitar Kelulut seperti  Hotel Seri Malaysia Marang, Anggulia Beach House, Semarak Ayuni Inn, Island View resort, Rhu Muda Beach Chalet, Marang Village Resort & Spa dan lain-lain.
BERHENTI SEJENAK DI PANTAI KELULUT
MELIHAT PANORAMA PANTAI YANG INDAH

0 comments:

Post a Comment

TO ALL VISITORS! THANK YOU! TERIMA KASIH!THANK YOU! TERIMA KASIH! PLEASE, COME AGAIN!!!
Back to TOP