Keunikan 86 – Kenali Pantai Marang
|
Pantai Marang yang cantik |
Pada hari Jumaat 8 Oktober, penulis singgah di Marang(Rhu Muda), Terengganu. Tujuannya adalah untuk melihat-lihat pemandangan pantai yang cantik kelihatannya dari dalam kereta.
|
pulau Kapas boleh dilihat dengan jelas |
Tidak banyak artikel yang boleh ditemui membicarakan dan memaparkan foto pantai Marang.
|
Buih-buih ombak memukul pantai |
Mungkin kerana pantainya yang agak curam dan tidak sesuai untuk mandi-manda, maka tidak ramai pengunjung yang seperti penulis ingin menikmati suasana pantai di situ. Namun begitu, pemandangan di sekitarnya sangat indah.
|
Pulau kapas |
Dengan berlatar belakang Pulau Kapas, panorama pantai cukup cantik dan menarik. Di sini di paparkan foto- foto yang diambil pada hari tersebut. Jom kita kelih fotonya….!
|
Pulau Kapas-zoom guna kamera Nikon Coolpix |
|
Cuaca cerah pada hari itu, foto yang diambil jadi lebih mudah |
|
satu lagi pemandangan yang cantik |
|
Kalau hendak berjalan-jalan kira okay! |
|
Kapas Island, nampak dekat saja! |
|
Ombak, pantai dan pulau anugerah alam yang menarik |
JIKA ANDA DALAM PERJALANAN KE KUANTAN ATAU KUALA LUMPUR
SINGGAH SAHAJA DI PANTAI MARANG BERHENTI REHAT
LlNK
0 comments:
Post a Comment