Keunikan 81 – Kenali….Hebatnya Pelancongan Terengganu
Hari ini 4 Oktober, bermakna sudah 4 hari semenjak tirai pertandingan blog pelancongan Terengganu dilabuhkan. Sedikit sebanyak diharapkan ia telah meninggalkan kesan kepada industri pelancongan di Terengganu dan juga para peserta yang bertungkus lumus menyiapkan blog mereka.
Seingat penulis inilah julung kalinya pertandingan blog di Terengganu yang berfokus kepada aspek mempromosikan negeri Terengganu ke mata dunia diadakan. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.
Hadiah dan ganjaran bukan ukuran untuk menjelaskan betapa pertandingan ini telah membuka mata rakyat negeri Terengganu Darul Iman khususnya dan Malaysia amnya untuk mengenali negeri Terengganu secara lebih dekat dan mendalam sesuai dengan tema pertandingan ‘Terengganu dihatiku’.
Apabila butang tanda bermulanya Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 ‘Terengganu Dihatiku’ditekan oleh Y.B Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, secara umumnya nama Terengganu mula dikenali, dilihat, dijelajahi dan dihayati oleh mungkin berbillion pelayar internet setiap detik. Ini bermakna pertandingan ini telah berjaya mempromosikan Negeri Terengganu ke seluruh pelosok dunia.
Lihat sahaja blog-blog yang telah menyertai pertandingan ini di mana pengunjung yang klik, bukan sahaja dari Malaysia, tetapi seluruh dunia. Dimulai dengan negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand yang kemudiannya terus melangkah lebih jauh ke negara Filipina, Jepun, Vietnam, Korea, Australia, New Zealand, India, Russia, negara-negara Eropah, Asia Barat, Asia Tengah, Afrika dan Amerika….T E R E N G G A N U telah dilihat dan dibaca diserata dunia. Betapa hebatnya….syabas kepada....
Apa yang membanggakan pertandingan ini juga telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam blog/web designing dalam kalangan rakyat Terengganu sekaligus akan merealisasikan usaha kerajaan untuk membina masyarakat celik IT.
Sebahagian besar tujuan utama pertandingan telah dan akan dicapai. Antaranya ialah
- Memupuk lebih ramai penulis blog/website khusus yang berbicara mengenai pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu.
- Mengguna dan menjadikan kemudahan ICT untuk tujuan mempromosi pelancongan di seluruh dunia dengan cara yang termurah dan efektif.
- Meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan laman blog pelancongan Terengganu selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk mewujudkan persaingan sihat di kalangan kementerian, jabatan dan agensi bagi menghasilkan laman web yang terbaik, kemaskini, interaktif dan informative
- Menyediakan saluran alternatif penyebaran maklumat kepada orang ramai berdasarkan ‘real time information’.
- Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga yang peka, kreatif dan inovatif.
- Memastikan laman blog/website ini dapat mendokumentasikan sebanyak mungkin maklumat yang tepat mengenai Terengganu melalui saluran yang mesra pengguna.
Penulis yakin, para peserta akan terus mengaktifkan blog mereka dengan terus menulis artikel biarpun tirai pertandingan telah dilabuhkan. Klik sahaja pada blog para peserta, mereka masih seperti biasa…postkan artikel! Klik lagi dan Klik lagi.....dan lagi..........KLIK
Hal ini bermakna, sebahagian besar daripada matlamat pertandingan ini telah berjaya dicapai.
Adalah diharapkan industri pelancongan Terengganu akan terus mengorak langkah ke hadapan dan seperti kata Menteri Besar Terengganu, “Memandangkan potensi sektor pelancongan dalam menjana ekonomi, Kerajaan Negeri membelanjakan sebahagian besar bajet tahunan untuk menyediakan prasarana bagi menarik lebih ramai pengunjung,”
SAMA-SAMA KITA MENERUSKAN USAHA MEMPROMOSIKAN
NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
KENALI NEGERIKU
TERENGGANU DARUL IMAN
PERMATA PESISIR LAUT CINA SELATAN
KENALI NEGERIKU
KEUTUHAN BUDAYA KEASLIAN WARISAN
Sumber Rujukan : http://trgtourism.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment