Keunikan 1 - Kenali Terengganu
Pasar Besar Kedai Payang merupakan salah satu tarikan pelancong di negeri ini. Terdiri dari sebuah Kompleks Bangunan dua tingkat di tebing sungai Terengganu. Lokasinya yang strategik di muara sungai ini menjadikan pasar ini sentiasa sibuk sejak dari dahulu hinggalah kini.
Namanya yang unik.....'Kedai Payang', adalah dikatakan diperolehi daripada nama sejenis perahu yang sering digunakan oleh nelayan di negeri Terengganu sejak dahulu lagi iaitu perahu payang.
Hasil tangkapan ikan oleh nelayan di pasarkan di pasar ini yang kemudiannya terus mendapat nama Pasar Payang atau orang Terengganu sebut Kedai Payang. Terdapat juga pendapat lain yang menyatakan nama Kedai Payang ini diperolehi daripada nama tempayan yang disebut dalam dialek Terengganu sebagai 'payang'. Walau apapun namanya diberi, pasar utama di Kuala Terengganu ini tetap unik dan menarik dengan pelbagai jenis barangan yang diniagakan.
Terdapat barangan basah dan kering yang diniagakan di pasar ini. Di antaranya seperti pelbagai jenis kain batek, kain sutera, barangan tembaga dan besi, pakaian siap, kuih-muih, barangan runcit, periuk tanah liat, rempah-ratus, barang kemas dan bermacam-macam lagi....! Pendek kata semua barang ada di sini, hanya menunggu pelanggan sahaja!
Jom pakat mari Teganu!
Berhadapan dengan pasar ini berdiri megah Bazar Warisan yang menjadi 'keunikan 2 Kenali Terengganu!
Sunday, June 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment