Keunikan 10 Kenali Terengganu
Telaga ini terletak di pantai Marina, Kemaman. Tempat ini menyimpan cerita yang menarik. Dikatakan pada masa dulu telaga ini pernah menjadi tempat persinggahan pedagang yang datang berdagang ke timu. Dalam perjalanan merekan akan berhenti rehat di telaga ini. Bagaimanapun terdapat satu lagi kisah tentang telaga ini yang diceritakan oleh orang-orang tua zaman dahulu. Dipercayai kawasan Telaga Simpul ini menjadi tempat tinggal atau ‘rumah” makhluk halus (jin). Nama telaga ini ’simpul’ dikatakan kerana pada masa dahulu sesiapa yang menggunakan air dari telaga ini hendaklah menyimpul sehelai daun pandan atau daun mengkuang dan meletakkannya di tepi telaga itu bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini dari berlaku. Setakat mana kebenarannya tiada siapa yang tahu! Tempat ini dibawah pengawasan Majlis Daerah Kemaman dan terdapat beberapa kemudahan yang disediakan bagi pengunjung. Tunggu apa lagi……jom kita ke sana!!!!
0 comments:
Post a Comment