Letaknya lebih kurang 7 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini dibina lebih kurang 19 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1991 dan siap pada pertengahan bulan Januari 1994. Masjid ini sangat unik dan indah kerana ia dibina di atas air di muara sungai Ibai. Keadaan ini membolehkan masjid ini kelihatan seolah-olah berada di atas air atau ‘terapung’ dan dari situlah ia mendapat jolokan nama yang sangat tersohor iaitu Masjid Terapung. Keindahannya boleh dilihat jika kita sendiri berada di sekitar masjid tersebut. Kedudukannya ‘di atas air’ mewujudkan suasana sejuk, nyaman dan tenang dengan langit yang membiru serta bayu yang bertiup dari Laut China Selatan. Asyiknya macam berada diPendek kata, kalau kita hanya membaca dan melihat masjid ini melalui tulisan atau perkhabaran orang, rasanya sangat tidak bertepatan. Jom….ke Terengganu dan nikmatilah keunikan, keindahan dan keagungan senibina masjid ini dengan mata sendiri sendiri! Sekian, terimakasih kerana melayari dan memberi sokongan kepada blog ini!
Jika anda ingin menyaksikan koleksi foto saya mengenai keindahan masjid ini, anda dialu-alukan. Mari ah..klik sining!!!
0 comments:
Post a Comment